Thursday 26 May 2016

Tips Beli Handsocks atau Sarung Lengan

Adakah ini kali pertama sahabat solehah nak beli dan pakai handsocks?

Tips di bawah mungkin boleh membantu sahabat solehah memilih Handsocks pertama yang berbaloi.

Harga

- Pastikan HARGA yang ditawarkan oleh penjual berpatutan untuk dibeli setanding dengan KUALITI yang ditawarkan.
- Jangan bandingkan antara yang murah dengan yang mahal jika kualiti material dan ketahanan tidak sama.
- Berpatutan atau tidak, sudah pasti atas kemampuan anda.
- Tetapi tidak salah rasanya jika kita berbelanja lebih dalam usaha mencari redha ALLAH. Kata nak tutup aurat sempurna, betul tak? (

Material

        Bertanya dahulu kepada penjual, material apa yang digunakan untuk menghasilkan handsocks ini. Material atau kain yang digunakan berbeza-beza mengikut pengeluar, ada lycra, kain kapas dan lain-lain. Setiap material mempunyai kelebihan masing-masing.
Misalnya, lycra, kainnya sejuk dan lembut serta bersifat elastik. Selesa dipakai walaupun di dalam cuaca panas.


Warna

Saya sarankan pilih warna yang universal, iaitu warna yang kita boleh mix dan matchkan dengan kebanyakan  warna baju kita.
Warna yang paling menjadi pilihan ramai adalah HITAM, KELABU atau COKLAT.

Atau, buka almari baju dan tengok baju kita banyak warna apa. Contohnya banyak warna PINK, bolehlah pilih handsocks daripada warna yang senada.

Akhir sekali, bergantung kepada selera fesyen masing-masing. Ada yang suka warna yang matching, ada suka warna yang kontras.

Panjang atau Pendek
 
Nak beli yang panjang atau yang pendek dulu, kena tanyalah diri sendiri, nak pakai dengan baju macam mana kan? Baju tshirt berlengan pendek atau tiga suku atau nak pakai dengan baju berlengan panjang yang luas dan lebar lengannya.

Sekali lagi bergantung pada cara dan tujuan nak pakai handsocks tu.

Saya berharap tips-tips di atas dapat membantu sahabat solehah membuat pilihan yang tepat. In sya Allah.




No comments:

Post a Comment